Wednesday, November 9, 2011

TEKNIK MEMBACA

Teknik Membaca SQ3R (Survey-Question-Read-Recite-Review)
Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca. Teknik membaca SQ3R adalah teknik yang amat berkesan untuk pembelajaran bahasa. Langkah-langkah membaca menggunakan teknik membaca SQ3R:

• Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi melihat idea keseluruhan.
• Tukarkan tajuk utama menjadi soalan.
• Baca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan.
• Selepas membaca petikan, susun idea dan isi penting dengan bimbingan guru.
• Menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian, perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.

Secara umumnya teknik membaca SQ3R memerlukan keupayaan pelajar menggunakan mindanya secara optimum. Kesimpulannya, teknik membaca SQ3R dapat membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir terutama bagi memahami teks yang dibaca.

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran yang digunakan semasa membaca
Proses membaca dibahagikan kepada tiga peringkat yang utama. Peringkat-peringkat itu dinyatakan seperti berikut.

i. Sebelum membaca:
• Menentukan bahan yang akan dibaca
• Menentukan cara bahan disusun
• Menentukan perkara yang perlu diingati daripada bahan
• Tujuan membaca

ii. Semasa membaca
• Mengenal pasti isi-isi penting
• Mengenal pasti pola pemikiran penulis
• Menghubungkan idea-idea
• Meramal apa yang akan berlaku
• Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui

iii. Selepas membaca
• Mengenal pasti tujuan penulis
• Menganalisis teknik dan bahasa penulis
• Menilai kecekapan dan kewibawaan penulis
• Menyoal soalan kritis
• Menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis

BINGKISAN DOA

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.



YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.


Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

MUTIARA KATA

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna

Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk

Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja

Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang

Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu

Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati

1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia

Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil

Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja

Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia

Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu

Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman

Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan

Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas

Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi

Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya

Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah

Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali

Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan

Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya

Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya

Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah

Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat

Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya

Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan

Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah

Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran

Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat

Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli

Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan

Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang

Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya

Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan

Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan

Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal

Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun

Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan

Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan

Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan

Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian

Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran

Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain

Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya

Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran

Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat

Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat

Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan

Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh

Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup

Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya

Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu

Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat

Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup

Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

Saturday, November 5, 2011

DOA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRA SK RAJA CHULAN

بسم الله الر حمن الر حيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه اجمعين
.
يا الله

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Dan Konvokesyen Prasekolah SK Raja Chulan

يا الله

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

يا الله

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

يا الله

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.


Panduan ringkas:

1. Takbiratul ihram /Niat solat:

“Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taalah” (jika ikut imam).

“Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” (jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

2. Membaca doa iftitah.

3. Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

4. Membaca fatihah dan surah al-A'la.

5. Rukuk dan sujud seperti biasa.

6. Iktidal dan berdiri betul (rakaat kedua) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

7. Membaca fatihah dan surah al-Ghasyiyah.

8. Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

9. Memberi salam.

10. Disunatkan takbir dan doa,

11. Membaca dua Khutbah

Peringatan:

a. Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

b. Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah).

c. Bacaan surah al.A'la dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. (

Thursday, November 3, 2011

BULAN ZULHIJJAH

Bulan ZulHijjah



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…

Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.

Saya rasa ramai sudah membaca tazkirah ini, namun tidak mengapa jika saya ulang siarkannya untuk dijadikan peringatan kita bersama.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari rahimahullah,dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidak ada hari di mana amal sholeh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu: sepuluh hari dari bulan Zulhijjah." Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah?". Beliau menjawab, "Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apa pun."

Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Zulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid."

Amalan yang sangat dianjurkan di dalam bulan Zulhijjah:-

** Paling utamanya ialah mengerjakan perintah ibadah haji dan umrah kepada mereka yang mampu. Berdasarkan berbagai hadith shahih yang menunjukkan utamanya ibadah haji dan umrah, antaranya ialah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Syurga."

** Mengerjakan ibadah puasa sunat pada hari-hari tersebut, atau sebahagiannya darinya terutama pada hari Arafah. Sungguh puasa adalah amalan sunat yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri~Nya. Disebutkan dalam hadith qudsi, yang maksudnya: Allah Taala berfirman, "Puasa itu adalah untuk~Ku, dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku."

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri radhiyallahu 'anhuma, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun." [Hadith Muttafaq 'Alaih]

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi s.a.w. bersabda, "Berpuasa pada hari Arafah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya."

** Bertakbir dan berzikir pada hari-hari tersebut. Sebagaimana firman Allah SWT, "... dan agar mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan..." [Surah Al-Hajj : 28] Para ahli tafsir menafsirkannya dengan maksud sepuluh hari dari bulan Dzul-hijjah. Kerana itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak zikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadith dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, Nabi s.a.w. bersabda, "Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid." [HR. Ahmad]

** Bertaubat bersungguh-sungguh dengan meninggalkan segala maksiat serta mendapat keampunan. Maksiat adalah penyebab jauhnya hamba itu dari Allah, dan ketaatan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya. Disebutkan dalam hadith dari Abu Hurairah radhiyallau 'anhu, bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya." [Hadith Muttafaq 'Alaih]

** Memperbanyakkan dan meningkatkan amalan terutama amalan sunat seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid)

** Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

** Berkorban pada hari raya Qurban dan hari-hari tasyriq. Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim 'alaihi salam yakni ketika Allah menebus putranya dengan sembelihan yang agung.

** Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

** Melaksanakan solat sunat Eidil Adha dan mendengarkan khutbahnya. Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti: nyanyian, judi, mabuk dan sejenisnya.

** Mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, zikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat redha~Nya.

Semoga Allah melimpahkan taufiq~Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Semoga shalawat dan salam tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.

Moga ada manfaat.

Maksud doa dalam gambar di atas: Ya Allah berilah kepadaku kebaikan dalam urusanku semua, janganlah Engkau menyerahkan daku kepada diriku sendiri, dan jangan juga kepada salah seorang pun daripada makhluk~Mu walau sekelip mata sekalipun.

SERUAN HAJI

Panggilan~Nya



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin~Nya dapat kita bersua lagi dalam ruang yang tanpa batas ini. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan orang-orang yang mengikuti Beliau sehingga ke hari kiamat.

Rukun Islam kelima adalah menunaikan ibadah haji di Tanah Haram sekali dalam seumur hidup bagi yang berkemampuan. Ibadah Haji umpama sebuah sketsa hari pengadilan akhirat. Kita melepaskan seluruh tanda dan identiti lalu menyelimuti tubuh kita dengan sehelai kain putih sehingga raja dan pengemis kelihatan sama saja. Dalam keadaan ini, seseorang itu menjadi seakan "mati", yakni hidup tanpa kepentingan diri. Kita dilarang memotong tanaman yang hidup, membunuh serangga yang menggiggit, menanggalkan keropeng di tubuh bahkan menyisir rambut.

Di antara perkara simbolik yang dilaksanakan sewaktu ibadah haji ini adalah tawaf, berkumpul bersama-sama di Arafah dan mengorbankan seekor biri-biri demi mengenang pengorbanan putera Nabi Ibrahim. Ibn Arabi mengatakan bahawa makna harfiah haji adalah niat yang sedar untuk melaksanakan ibadah haji pada waktunya yang tertentu. Ketika Allah menyapa Nabi Ibrahim,

...bersihkanlah rumah~Ku untuk mereka yang bertawaf, beriktikaf, rukuk atau bersujud. [ QS Al-Baqarah 2:125 ]

Dia menghubungkan rumah itu, di planet ini pada diri~Nya. Dan ketika Dia berkata,

Rumah (ibadah) pertama yang dijanjikan bagi umat manusia adalah rumah di Bakka.. [ QS Al-Imran 3:96 ]

Dia membangunnya sebagai rumah ibadah pertama dan menetapkannya sebagai sebuah simbol singgahsana~Nya di bumi. Dia menyeru umat manusia untuk mengelilinginya (tawaf) sebagaimana para malaikat mengelilinginya. Namun, tawaf di Kaabah yang dilakukan para muslimin dengan bacaan yang tertentu, yang merupakan suatu penegasan yang tulus terhadap apa yang ada dalam hati mereka, yakni yang telah membersihkan hatinya daripada segala godaan-godaan hidup di dunia ini, adalah suatu ibadah yang lebih tinggi nilainya daripada kesetiaan para malaikat yang juga bertawaf.

Sebagaimana solat dimulai dengan pernyataan "Allah adalah lebih besar," demikianlah ibadah Haji dimulai dengan penyataan kehadiran: "Ya Allah aku datang! Aku di sini dalam ketaatan, sedia menerima perintah~Mu! Tidak ada apa pun selain Engkau, seluruh puji adalah milik~Mu, semua milik~Mu, tiada sekutu bagi~Mu." Ketika Nabi Ibrahim diperintahkan untuk membangunkan Kaabah, Allah menyuruhnya mengucapkan kata-kata ini - dan di alam ruh, Allah memperdengarkan kata-kata ini kepada seluruh ruh orang beriman. Dalam zikirnya, jemaah berhaji mengucapkan kalimat-kalimat ini.

Jemaah haji lelaki mengenakan dua lapis kain putih - satu dililitkan di sekitar pinggang, hingga mencapai bahagian bawah lutut, dan satu lapis diselendangkan di bahu untuk menututp tubuh. Jemaah haji wanita pula, juga mengenakan pakaian serba putih, harus tidak menutup wajah. Praktik ini melenyapkan seluruh perbezaan kedudukan dan status sosial serta merupakan sebuah simbol kain kafan.

Pakaian putih ibadah haji tidak dijahit, seolah-olah tidak dicampuri oleh kedua tangan manusia. Ia milik Allah, yang dengannya keaiban manusia dapat ditutup dan yang melindungi setiap sesuatu yang dari larangan Allah dan dari godaan-godaan jasmaniah.

Pada akhir ibadah haji, di Mina setiap hari selama tiga hari, jemaah haji melemparkan tujuh butir batu pada syaitan. Manusia mengenal Tuhannya melalui tiga aspek~Nya: tindakan-tindakan~Nya, sifat-sifat~Nya dan wujud~Nya. Tiga hari mewakili tiga keadaan ini. Tujuh batu mewakili tujuh dosa yang lebih besar: ujub, sombong, munafik, dengki, amarah, keburukan, cinta harta dan cinta tahta. Jadi, pada hari pertama, kita melepaskan dosa-dosa ini dari perbuatan-perbuatan kita; pada hari kedua, dari watak kita; pada hari ketiga, dengan mengagungkan rahsia Zat Allah, kita melepaskannya dari wujud diri kita.

Akhirnya bersih, di tempat yang disebut Mina, yang bererti "Harapan" dan "Tujuan", kita menyelesaikan ibadah haji dan kembali ke "dunia". Dan kemudian kita cuba melakukan apa yang benar, dan mewujudkan apa yang menjadi tujuan kita dicipta.

Wallahu'alam...

Selamat Menyambut Hari Raya Eidil Adha, Maaf atas segala silap dan salah saya..
Semoga Allah SWT mengurniakan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah. Dan Moga Allah SWT mengurniakan kepada mereka yang sedang mengerjakan haji mendapat Haji yang mabrur.

Masalah-masalah pembelajaran di bilik darjah

2.1.1 Konsep adalah asbtrak dan kompleks (contoh fizik, biologi, kimia).
2.1.2 Kekangan guru untuk menyemak latihan pengukuhan dan pengayaan (contoh matematik).
2.1.3 Konsep yang tidak dapat dilakukan penyiasatan langsung kerana wujud jauh daripada  murid (contoh fenomena gunung berapi, sistem solar).
2.1.4 Murid gagal mengaplikasikan konsep yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah.
2.1.5 Murid kurang menguasai kemahiran untuk bekerja secara kooperatif.
2.1.6 Murid perlu mengulangkaji pelajaran yang kurang difahami atau mempelajari topik yang ketinggalan dalam kelas.
2.1.7 Kekurangan kos untuk melakukan eksperimen.
2.1.8 Keperluan untuk mengakses maklumat yang tidak terdapat dalam buku teks.


40 Kelebihan dan Faedah berselawat ke atas junjungan Baginda Muhammad Rasullulah s.a.w

1. Menjunjung perintah Allah subhanallahu ta’ala.
2. Perkara yang sama dibuat oleh Allah swt kerana Allah swt juga berselawat ke atas Rasulullah saw walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dibuat oleh para Malaikat kerana para Malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammah saw walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat.
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat.
6. Ditulis baginya 10 kebajikan.
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan.
8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat nabi
10. Mengampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan duka
12. Membolehkan dekat dengan Nabi pada hari Qiyamat
13. Boleh mengantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat daripada Allah swt
16. Membersihkan hati dan menyucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru hara hari Qiyamat
19. Mendapat doa dan salam daripada Nabi
20. Mengingat kembali perkara yang terlupa
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan bagi semua orang yang ada di majlis itu
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk di dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan nabi “Hinalah orang yang disebutkan namaku disisinya tetapi dia tidak berselawat”.
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah swt
28. Mendapat Nur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah swt disisi para malaikat
31. Diberkatkan umurnya dan semua pekerjaannya
32. Mendapat rahmat allah dan sentiasa dikasihi Allah swt
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasullulah saw
34. Allah swt dan Nabi saw bertambah kasih kepada kita
35. Dapat petunjuk hati menjadi hidup
36. Nama orang yang berselawat disebut disisi Nabi
37. Menetapkan kaki di titian (Siratulmustaqim)
38. Menunaikan sedikit haq Nabi dan bersyukur kepada Allah
39. Termasuk daripada zikrullah mengingati Allah dan Rasulnya
40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan dari Allah swt

Dari kitab Jilaul Aham
Susunan ibnu Qoyyim Al-Jauziah wafat paad 751 H
Dipetik daripada kitab maulid Ad-Daibai’ karangan Imam Ibnu Ad Daibai’